Assalammualaikum semua...Hari ni didapur ros,ummi mahu share 1 resepi yang sangat ringkas taw.Ummi selalu masak menu ni untuk tarik minat anak-anak ummi makan nasi.
Menu nya ringkas tapi barangan nya itu susah sedikit mahu mencari bagi sesetengah tempat.
Ok la ummi punya resepi pada hari ini adalah Udang Masak Tempoyak Petai..Kalau masak ini menambah makan anak-anak ummi taw.Ok ummi ada serta kan bahan-bahan untuk menu ini yer.
UDANG MASAK TEMPOYAK PETAI.
BAHAN-BAHAN.
1/2kg udang (saiz ikut anda)
1 biji bawang besar *
5 tangkai cili api merah *
6 tangkai cili besar merah *
1 inci halia *
2 batang serai
1 mangkuk kecil tempoyak (kalau mahu lagi pekat boleh tambah lagi yer)
1/2 mangkuk kecil petai yang telah dibelah 2
2 biji tomato
Garam ,Gula dan secukup rasa maggi
(Agak-agak ikut tekak anda)
1 biji bawang holland (dipotong bulat)
Cara memasaknya adalah
Blend bahan tanda * hingga halus.Boleh lah panaskan minyak.
Bila minyak sudah panas bolehlah masukkan bahan yang diblendkan tadi.Tumis bahan tadi hingga wangi atau garing.
Masukkan serai yang telah diketuk,dan boleh la masukkan tempoyak dan juga petai.Jika mahu pekat boleh tambah tempoyak lagi.
Letak air sedikit dan juga tomato..Gaul rata dan masukkan udang pula dan gaul rata lagi.
Akhir sekali,masukkan garam,gula dan secukup rasa maggi

Comments
Post a Comment